Ayuh Muslimah. Lebarkan Dakwah. Pertahankan Akidah. Pelihara Maruah. Gandakan Ikhtiar. Gapai Mardhatillah.

Wednesday, February 26, 2014

Asbab.

Sabtu. 20 Oktober 2013. 
Usai solat Maghrib and mengaji, aku mula lipat telekung. hati ni rasa lain sangat. Memang kekadang ayah balik kerja lambat. Tapi.. Kali ni aku cemas sikit gara-gara telinga aku ni dah makin kerap dengar pasal excident. And aku macam "terfobia" pulak sebab Mak sedara belah ibu aku baru meninggal beberapa bulan lepas. Aku tak tahu lah. Dua tiga menjak ni aku dok terfikir pasal kematian. Aishh.. Dalam leka aku melipat telekung pun aku still fikirkan benda-benda macam tu. Tiba-tiba dengar suara ibu? "Haaah?! kat mana?" Even masa tu aku dalam bilik. Tapi still dengar jelas. Aku dah terbeliak biji mata. Aku tahu something dah jadi. Ibu punya jerit je aku dah tahu. Berdebar hati aku Allah je yang tahu. Serious air mata aku bergenang masa tu..


Aku pulas tombol pintu bilik terus nampak muka ibu dah cuak. Ibu suruh kitorang siap. 

"Kenapa bu?"
"Ayah. Excident."
"Kat mana?"
"Pasar borong."

Masa tu aku kalut gila! macam nak putus nafas je bila aku dengar ayah excident dekat pasar borong. Mana taknya. tempat tu famous dengan orang excident and mati! 


Dalam pukul 8 lebih malam and dalam keadaan hujan tu. Aku and adik-adik semua gopoh masuk dalam kereta. Dalam perjalanan nak pergi tempat kejadian. Aku tanya ibu :

"Ibu. siapa yang telefon ibu tadi?"
 "Orang kat sana lah. Dia kata excident dengan bas."

Air mata aku laju je keluar. Siapa sanggup dengar berita buruk macam tu. Ayah sendiri kot. excident antara motor dengan bas! Aku tak dapat bayangkan keadaan ayah macam mana. "kena gilis ke? teruk ke Ya Allah... Tolonglah. Aku taknak hilang ayah! Allah. selamatkan ayah. Jangan biar ayah sakit. Aku tak kuat nak tengok dia nanti.." Bila sampai betul-betul atas jambatan sebelum sampai kat pasar borong tu dari arah bertentangan aku nampak orang ramai gila atas tu. Bila kereta kitorang makin dekat aku nampak bas kilang yang besar gedabak tersadai atas jambatan tu. Lagi laju air mata aku! 


"Ibu. Orang rasa kat sini lah! Jap biar orang tengok! Ya Allah..."

Aku diam. Aku taknak bagitahu ibu apa aku nampak sebab ibu tengah drive untuk cari tempat berhenti. Depan bas tu aku nampak ada motor. Dah hancur! Siap tersepit celah tayar bas. Masa tu mata aku kalut cari ayah je. Aku nak tengok ayah. Aku suruh ibu turunkan aku dulu. Aku buka pintu kereta terus aku lari pergi kat bas kilang tu. Aku tak kisah ah kalau ada yang nak langgar aku tengah jalan ni ke apa ke. Yang penting aku nak tengok ayah. Kat tempat kejadian tu. Aku sorang je perempuan. Bila aku sampai dekat belakang bas. Aku nampak motor ayah yang dah separuh hancur. Aku perlahan-lahan dekat dengan ayah. aku takut.. aku takut nak tengok.. Aku nampak ayah terbaring lurus menghadap langit atas jalan yang basah. "itu ke ayah aku. Aku macam tak percaya!"  Aku pandang ayah. Mata dia terbuka.. Tapi suara dia tak jelas. Bibir dia berdarah. Aku tak cakap sepatah pun dengan ayah.. Aku tergamam. terkaku. Aku tengok je bapa sedara (abang ayah aku yang ibu call masa dalam perjalanan.) bercakap dengan ayah. Ayah ibarat tak kenal. Sepanjang dia terbaring atas jalan tu takde benda lain aku dengar selain dia cakap "Ya Allah. Sakit. Sakit. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Sakit. Sakit... (sambil tunjuk perut dia) Dia diangkat masuk dalam ambulans. ( okay kejap. Rupanya ada dua excident dekat tempat tu)


Aku and adik lelaki aku, Aiman. Naik ambulans untuk teman ayah. Sepanjang ayah dalam ambulan tak sekali pun keluar nama sesiapa kecuali Allah. Dia sebut sakit je and terus menerus tunjuk perut dia. Aiman nangis teresak-esak! Aku tak tahu nak buat apa. Aku kesian sangat dengan ayah. Aku call akak but number dia takde line. Aku kena amik tugas akak tuk tenangkan semua adik-adik aku. Aku yang kena jaga diorang.. Aku tak kuat. Bila dapat aku bagitahu. Akak terus call and meraung-raung. Dia jauh kat selangor. Lagi bertambah lemah lutut aku ni.


Bila dah dekat hospital ayah masuk wad kritikal. Kitorang lega lah bila doktor ada untuk rawat ayah. Tiba-tiba, ibu keluar and cakap ayah dah nazak! nafas dah berhenti. Buta CPR.
"Tak! tak! mana boleh ayah aku mati! Ayah jangan tinggalkan orang! ayah taknak tengok orang nak SPM ni ke ayah! siapa nak hantar orang pi sekolah! jangan tinggalkan orang yah."  Aku tak tahu macam mana nak cakap kat akak yang ayah dah nazak.. 


Bila dah buat CPR doktor kata diorang akan cuba sehabis mungkin taknak buat CPR lagi. Sebab risikonya bahaya. malam tu 11 lebih gitu ayah terus kena buat operation kat perut. tak tidur aku sampai pagi esoknya masa operation selesai. Risau gila. And aku taknak terlepas satu berita pun pasal ayah. Rupa-rupanya doktor kata condition ayah teruk sangat. Usus besar and separuh dari usus kecil ayah terkoyak and terpaksa dibuang. Salur utama darah ayah pulak pecah. percent untuk hidup memang tipis. sedihnya dengar berita tu. Aku terfikir macam mana lah ayah tahan peritnya sakit masa ayah sedar tadi. sedangkan perut dia dah hancur.. Kitorang tak sangka pun sebab luaran ayah takde sebarang kecederaan berat kecuali lutut luka and tangan calar-calar. "Ya Allah, andai aku boleh rasa. berilah aku separuh kesakitan yang dia tanggung. Andai aku boleh ganti dia. Aku sanggup ya Allah.." 


 Esoknya. Ayah masuk CCU. Ayah hilang banyak darah dari operation semalam sebab salur darah utama dia dah luka teruk. Doktor hanya mampu masukkan darah je dekat badan ayah. Malangnya. Satu pack darah pun badan ayah tak terima. Semuanya keluar balik melalui mulut and hidung. Normal person hanya perlukan lebih kurang 3 pack. Itu pun dah kira lebih. Tapi ayah, doktor masukkan 12 pack darah! Masih tak dapat diterima badan. Sampai seluruh darah dalam badan dia habis. Cuma tinggal jantungnya yang dipam mesin. Tubuh dia ibarat dah takde function. Bila darah dalam tubuh ayah habis maknanya apa? maknanya dah takde darah yang dapat bantu darah baru untuk masuk dalam badan. Ibarat membancuh. Ada kopi tapi takde air takde gunanya lagi. Itu baru cakap pasal perut. Belum cakap pasal anggota badan yang patah and cedera dalaman. Jantung dia pun ada masalah. Tapi, apa boleh buat. Masuk hari kedua dalam CCU tu. Akhirnya ayah disahkan meninggal. 22 Oktober 2013. Maka, mulalah hidup baru aku dengan nama "anak yatim". Anak yatim yang lagi beberapa hari nak SPM. Serious talk, itulah mulanya ujian paling berat dalam hidup aku. Permulaan dan asbab penghijrahan aku yang dulu hingga ke hari ini..


wallahualam.

Tuesday, February 25, 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Jumaat. 19 Oktober 2013. Macam biasa. Suasana yang sama. Masa yang hampir-hampir sama. "dalam hati : "ish, harini suruh ayah berhenti tempat semalam lah. Sesak gini. Ada yang tersondol anak orang ni kang." Ayah memang suka hantar aku sampai betul-betul depan gate kecik sekolah (sekolah aku ada 3 gate utama dekat depan) kekadang aku rasa macam ayah nak bawa masuk sekali motor dia dalam sekolah tu -.- so haritu aku cadang nak suruh ayah hantar kat petronas je (sebelah sekolah). 
"Ayah, berhenti orang kat sini je ah."
" ** ayah diam. macam selalu ahh. Buat macam tak dengar pape pun. ** "
 Ehh ehh. Tup tup dia menonong je. Sanggup ikut belakang budak yang dok berlenggang jalan nak masuk sekolah. Haaa. Bab ni yang aku tak suka. Ayah suka sangat nak buang masa. Kalau tadi dia turunkan aku kat tepi petronas tadi dah baik. cepat sikit. Bukan jauh mana pun. Hati ni pun. Panas je lah. Sampai je depan sekolah. Aku turun motor :

"Ayah ni! alaaa. Kan orang dah kata tadi. berhentikan je orang kat sana. Ishhhh.." (agak menengking and aku buat muka tak puas hati)
" ** Ayah diam. Tapi dahi berkerut-kerut."
Macam biasa. Aku hulur tangan and then salam ayah. Aku pun konon marah sangat tu nak blah ah. Aku pusingkan badan and mula nak melangkah. Tangan aku yang ayah still tengah gengam tetiba ayah tarik (macam sentap sikit) aku pusing balik lah menghadap ayah. Ayah terus cium dahi aku macam biasa. Kekadang dia cium pipi aku. Even aku dah form 5! Then, lepas ayah dah cium dahi aku. Aku okay and dah tak marah langsung. Aku jalan masuk sekolah. 

Aku still ingat benda ni. Sampai sekarang. Mungkin aku akan ingat benda ni sampai bila-bila. Tahu sebab apa? Sebab aku terkilan dengan diri aku yang bodoh ni. Pasal benda kecik macam tu pun aku boleh marah ayah. Mana aku sangka haritu lah hari terakhir aku cakap dengan ayah. Siapa sangka dalam kalutnya nak SPM aku hilang ayah tempat aku bergantung. Siapa sangka esoknya ayah aku excident. Mana mungkin aku sangka esoknya ayah aku koma.


Aku terkilan. Pagi sabtu hari kejadian. Aku buka mata je ayah dah pergi kerja. Aku tak sempat pun nak cakap apa-apa. Aku pergi library dgn kengkawan. Dekat rumah pulak ibu dok masak kari daging. lepas masak ibu keluar. So tinggal laa adik aku, Nica. Tengahari tu, ayah balik tuk makan. Ibu dah siap hidangkan lauk bawah tudung saji. Ayah aku makan kari daging tu sampai habis (satu mangkuk) ! Allahu.. Rupanya tulah santapan, makanan terakhir ayah.. DAN YANG PALING PENTING. Aku tak sempat minta maaf sebab aku marah dia masa kat sekolah tu.

Sampai saat ni, dia lah penguat langkah dalam hijrah aku. Sometimes, aku lemah. Aku jatuh. Aku tak kuat bila orang hina dan sindir aku. Sebab aku yang dulu. teruk. Mungkin jalan cerita hidup aku dulu lebih teruk dari kau.. Bila aku give up aku selalu ingatkan diri aku, "Aina, kau dah banyak buat silap. Dah banyak kecewakan ibu ayah. Dah banyak susahkan ayah. Bila ayah dah takde macam ni, kau dah tak sempat balas pape tuk ayah. Jangankan rasa duit kau,tengok result SPM kau pun ayah tak sempat! cukuplah kau jadi anak solehah buat ayah. Nanti bila sampai masa, kau mampu tarik sama tangan ayah masuk syurga! yup! tu yang aku nak! aku nak hadiahkan ayah syurga."


Ayah aku bukan orang senang. Tapi pada aku dia ayah paling hebat! sebab apa? sebab bangun pagi-pagi. Then memula hantar adik aku, Nica pergi sekolah dia dekat sungai udang sana. Makan masa lebih kurang 30-45 MINIT untuk patah balik ke rumah. Then, amik pulak aku kat rumah. Then, hantar pi sekolah yang makan masa 30-35 MINIT ke sekolah. Bila kitorang dah sampai sekolah, dia terus pergi kerja and balik kekadang 7.15 malam. Dia mandi and solat terus hantar aku pi tuisyen kat sekolah pukul 8.00 malam. Lepas hantar aku terus pergi tempat kerja dia buat OT sampai pukul 10.00-10.30 malam and amik aku balik tuisyen. Dalam pukul 1/2 pagi baru dia tidur. ITU RUTIN DIA HAMPIR SETIAP HARI. Kau mampu buat macam dia? dia kerja Isnin sampai Sabtu. Kekadang hari Ahad pun dia kerja.

Allahu.. Kekadang tertanya-tanya. tak penat ke dia? kekuatan dia hanya Allah je yang tahu. Yang aku kenal. Ayah sayang sangat dengan semua keluarga dia. 



Biar hidup aku kali ini,
Biar nafas aku kali ini,
buat Ayah yang pernah DIA pinjamkan untuk aku.

Biar hidup aku ini,
Buat kesenangan dia di sana.

Biar nafas aku ini,
Buat kebaikan di dunia sementara,
Supaya sampai masa kami bertemu di Jannah milik DIA.

WALLAHUALAM :')